3 perkara Umno perlu buat pada ulang tahun, kata Tok Mat


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, menggesa parti itu melakukan tiga perkara penting, jika ia mahu terus meraikan ulang tahunnya.

Sempena ulang tahun Umno ke-75 hari ini, beliau berkata, nilai dan misi parti itu perlu diperjuangkan mereka yang ikhlas menghidupkan Umno, bukannya “mereka yang mencari penghidupan daripada Umno”.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Umno perlu bergerak seiring peredaran zaman, bukannya terus dibuai nostalgia ketinggalan zaman.

“Hentilah cerita zaman gemilang sedangkan kedudukan semasa sangat bergelora dan tidak secerah dulu,” tulisnya dalam catatan Facebook.

Beliau berkata, penyokong Umno juga perlu terdiri daripada pelbagai generasi kerana perubahan generasi adalah nyata dan perlu diterima.

“Idea dan pemikiran politik terbaik bukan lagi diukur pada usia pengucapnya, tetapi pada kualiti dan kebernasan idea tersebut.”

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang masih setia dengan parti itu, di sebalik susah dan payah dihadapinya kebelakangan ini.

“Insya-Allah dengan bekerja kuat, bersifat terbuka dengan idea dan pemikiran maju serta bersatu padu, Umno akan pasti menjadi lebih utuh dan baik.”

Umno ditubuhkan pada 1947 dan mengetuai Barisan Nasional yang memerintah negara lebih 60 tahun sebelum Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 2018. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker