Lelaki dilanggar kereta api selamat selepas terperosok bawah platform

Somboon bernasib baik kerana tercampak ke dalam satu terowong sempit di bahagian bawah platform stesen tersebut selepas dilanggar kereta api barang. – Sanook

Thailand – Seorang lelaki berusia 55 tahun selamat selepas dilanggar sebuah kereta api di stesen terbiar Khlong Khwang Klan, wilayah Chachoengsao  semalam, lapor laman berita Thaiger.

Mangsa yang dikenali sebagai  Somboon,  bernasib baik kerana tercampak ke dalam  terowong sempit di bawah platform stesen tersebut selepas dilanggar kereta api barang.

Operasi menyelamat mengambil masa  40 minit sebelum mangsa dibawa ke sebuah hospital berdekatan.

Pasukan kecemasan bagaimanapun menghadapi kesukaran membawa keluar mangsa kerana keadaan terowong yang sempit dengan anggaran lebar 30 sentimeter selain dia tidak dapat bergerak.



Tidak dipastikan bagaimana Somboon berada di platform tersebut kerana dia kebiasaannya dikatakan pergi ke situ sambil  ditemani isterinya disebabkan mengalami masalah kesihatan mental.

Tren tersebut meneruskan perjalanan ke pelabuhan Laem Chabang selepas kemalangan berlaku. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker