Baby Shima – Memanglah kena gelek

Baby Shima – Memanglah kena gelek

Baby Shima - Memanglah kena gelek
Baby Shima – Memanglah kena gelek

Kuala Lumpur: “Persembahan itu berlangsung dalam pusat hiburan di sebuah hotel di Johor Bahru. Saya ditawarkan menyanyi empat lagu dan lepas menyanyi saya balik.

“Tapi cara portal itu memuat naik tajuk amat mengejutkan seolah-olah saya buat kerja tak elok. Nampak sangat niat mereka untuk memburukkan nama saya.”

Demikian kata penyanyi Baby Shima mengulas penyebaran video tularnya yang dikatakan asyik bergelek di sebuah kelab hiburan menerusi beberapa portal hiburan.

Shima atau Nor Ashima Ramli, 28, berkata, dia bukan artis pertama beraksi di situ kerana sebelum ini pengurusannya mengundang MK K-Clique, Ben Ladin, Zynakal, Kidd Santhe dan ramai lagi beraksi di situ.

“Saya kan penyanyi dangdut memanglah kena bergelek. Sebelum ini pun sama masa beraksi dalam persembahan lain.


Baca Artikel Menarik:

Maafkan Afiq Muiz Ibarat Bunuh Diri – Pachara


“Saya sebenarnya malas nak panjangkan isu ini tapi kena juga bercakap kerana keterangan gambar mereka amat mengaibkan. Sangat tak seronok dengan apa yang berlaku.

“Saya bukanlah sengkek atau sangat terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat ‘show’ seperti yang mereka maksudkan,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa secara tidak langsung netizen akan percaya dan menyangka yang bukan-bukan terhadapnya.

Baby Shima – Memanglah kena gelek


Baca Artikel Menarik:

Maafkan Afiq Muiz Ibarat Bunuh Diri – Pachara

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker