Cuepacs bidas MB Johor

Tak semua boleh letak di media sosial.

Cuepacs bidas MB Johor

Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa sebarang teguran kepada penjawat awam perlu dibuat berhemah dan jangan terlalu diuar-uarkan di media sosial sehingga tidak menggambarkan situasi sebenar.

Merujuk teguran Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nordin berkata kakitangan di Tambak Johor telah bertungkus lumus menguruskan kemasukan rakyat Malaysia ke Singapura dan perjalanan sebaliknya.

“Masa MB melawat adalah di luar waktu puncak manakala ada sebilangan kecil kaunter tutup kerana waktu pertukaran giliran pegawai rehat serta tugas pentadbiran lain.

“Pegawai sudah bertungkus-lumus di pintu masuk (Tambak Johor) yang antara tersibuk di dunia. Kritikan akan menyebabkan moral pegawai jatuh,” katanya kepada FMT mengulas mengenai pertikaian isu kesesakan di Tambak Johor antara Onn Hafiz dengan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM).

Jelasnya, tidak semua isu perlu diuar-uarkan di media sosial kerana akan mengundang kepada kecaman netizen dan boleh diselesaikan secara dalaman memandangkan kedudukan Onn Hafiz sebagai pengerusi petugas khas kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.

Isnin lalu, Onn Hafiz dalam satu hantaran di Facebook kecewa apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor, tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan sehari sebelum itu.

Beliau dipetik berkata perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) itu dilihat masih belum berada pada tahap kecekapan yang penuh.

Presiden KPISM Ajeet Singh Gurbax Singh dalam reaksinya berkata kesesakan berlaku disebabkan pertukaran syif kakitangan dan sedang dalam giliran untuk rehat, selepas waktu puncak.

Menghargai lawatan Onn Hafiz itu bagi meningkatkan perkhidmatan di pintu masuk negara, Ajeet turut meminta pemimpin terbabit memfokuskan kepada isu lain di Johor seperti kesesakan lalu lintas dan masalah berkait golongan B40.

Susulan itu, Onn Hafiz menerusi satu hantaran di Facebook turut mempersoalkan tindakan kesatuan itu yang seolah-olah meminta beliau untuk mengabaikan “isu besar” berkenaan.

Isu kesesakan di Tambak Johor itu turut mendapat perhatian Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mendengar permasalahan itu dalam pertemuan dengan Onn Hafiz dan pihak berkaitan pada Selasa lalu. FMT

Cuepacs bidas MB Johor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker