JPJ buru suami artis guna no. plat palsu pada McLaren

Gambar tular membabitkan kenderaan McLaren didakwa milik suami pelakon popular.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar.

Menurut JPJ, pemilik berdaftar nombor plat dan kenderaan berkenaan merupakan pihak yang berbeza.

Justeru, katanya, pemilik kereta tersebut dinasihatkan membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular di media sosial membabitkan seorang suami artis popular.

“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya, hari ini.



Terdahulu, suami kepada seorang pelakon menerima kecaman hebat ekoran didakwa menghina kenderaan bukan ‘supercar’ pada sebuah acara pertunjukan kereta di ibu negara.

Dalam pada itu, suami pelakon terbabit terus dilanda kontroversi apabila ada pihak mempersoalkan pemilik sebenar kenderaan McLaren yang ditunjukkannya baru-baru ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara



Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker