Terbukti Permintaan dan Perjuangan BN Dalam Isu I-Sinar Berasas

Sebaran :

Pengeluaran di bawah skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat memberi impak langsung yang positif kepada ekonomi sebenar yang menyokong penggunaan domestik.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour berkata dari segi simpanan persaraan, bagaimanapun, penampan perlu diperkukuh dan dibina semula.

“Itu sebabnya pembaharuan pasaran buruh penting untuk memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik supaya mereka boleh menyimpan lagi untuk meningkatkan penampan kewangan mereka dari segi simpanan persaraan,” katanya dalam webinar anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.

Beliau berkata langkah pembaharuan dalam perlindungan sosial juga penting terutamanya berkaitan bahagian insurans sosial dan skim persaraan swasta berikutan ia dapat membantu mengukuhkan lagi faedah persaraan.

Dalam Pada itu, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, yang juga merupakan ahli parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim i-Sinar KWSP memberi impak langsung yang positif kepada ekonomi sebenar

” Sebab itu, saya dan BN sangat tegas untuk tuntut kerajaan melaksanakan dengan segera apabila saya tengok bajet 2021 yang dicadangkan kerajaan tidak mencukupi dan ramai sudah tertekan” katanya di dalam satu hantaran di laman Facebooknya pagi ini.

Bagi Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata tidak sia-sia perjuangan kita semua membela dan mengangkat suara rakyat berkenaan isu berkenaan

” Alhamdulillah, tidak sia-sia perjuangan kita semua membela dan mengangkat suara rakyat berkenaan i-Sinar KWSP, walaupun diperli, dituduh macam-macam, namun akhirnya ternyata diperakui Bank Negara Malaysia mempunyai impak dan kesan positif kepada ekonomi”

” InsyaAllah Pemuda UMNO akan terus bersuara untuk rakyat. Teruskan beri pandangan dan menyuarakan apa sahaja kegelisahan semua yang mahu Pemuda ketengahkan sebagai Penyambung Lidah Rakyat” katanya lagi.-BNNews

Terima Kasih Bossku..Pengeluaran i-Sinar beri impak langsung positif kepada ekonomi sebenar – BNM


Sebaran :

Leave a Reply