Pas kena tegur ahli parti ‘kafirkan’ UMNO

Pas kena tegur ahli parti ‘kafirkan’ UMNO

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki meminta kepimpinan tertinggi Pas untuk mengeluarkan arahan kepada akar umbi parti itu susulan tular video seorang wanita didakwa ‘mengkafirkan’ UMNO sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini.

Beliau berkata, arahan dan kenyataan daripada kepimpinan tertinggi Pas adalah bagi menjernihkan fenomena berkenaan bahawa sesiapa sahaja mengundi mana-mana parti tidak sesekali akan jatuh kekafiran apatah lagi penentuan masuk ke syurga atau neraka.



“Video dipertontonkan itu begitu menyedihkan kita kerana masih ada lagi ahli daripada akar umbi begitu fanatik terpengarah dengan kepimpinan yang dulunya menanam satu ideologi dan doktrin mengundi UMNO, mengundi Barisan Nasional (BN) jatuh akidah kita, kafir dan masuk neraka.

“Saudara kita harus bezakan antara Islam dan parti. Islam adalah agama, Pas adalah parti politik, dua perkara berbeza. Tidak menyertai Pas, tidak mengundi Pas, tidak sesekali menjatuhkan kekufuran kita.

“Tidak mengundi UMNO pun tidak menjatuhkan kekufuran kita kerana Islam lebih tinggi daripada parti politik. Walaupun politik merupakan sebahagian daripada agama kerana Islam menuntut untuk kita menjaga keseluruhan aspek kehidupan termasuk aspek politik,” katanya menerusi video dimuat naik pada Facebook hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu beliau memohon semua pihak supaya dapat membezakan perkara tersebut sekali gus tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan tahap kekafiran seseorang hanya kerana berbeza politik.



“Jangan sesekali kita putus ukhuwah Islamiyah hanya kerana berbeza politik. Saya amat berharap barisan kepimpinan tertinggi Pas agar dapat mengeluarkan arahan dan kenyataan bagi menjernihkan fenomena ini,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang gadis berkempen untuk calon BN di tempatnya, namun ia tidak ‘disambut baik’ oleh seorang wanita warga emas apabila dia memberitahu tidak mahu mengundi UMNO.

Menerusi perbualan tersebut, warga emas itu mendakwa UMNO kafir dan kejadian itu didakwa berlaku di Kelantan berdasarkan dialek perbualan mereka. K Online

Pas kena tegur ahli parti ‘kafirkan’ UMNO



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker