Pasangan kekasih ditahan disyaki curi barangan kemas lebih RM100,000
Pasangan kekasih ditahan disyaki curi barangan kemas lebih RM100,000

SHAH ALAM: Polis menahan sepasang kekasih di sekitar Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor selepas dipercayai mencuri barangan kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar bandar raya ini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata masing-masing yang berusia 25 dan 23 tahun ditahan pada 3.20 petang, Jumaat lalu dan polis turut berjaya menemukan semula barangan kemas yang disyaki dicuri itu.
“Kedua-duanya yang tidak bekerja didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Mereka juga negatif terhadap dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasangan terbabit kini direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Media pada 28 April lalu melaporkan polis sedang mengesan dua warga tempatan dipercayai mencuri barang kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar bandar raya ini.
Sebelum itu tular rakaman kamera litar tertutup berdurasi 2 minit 26 saat menerusi laman TikTok memaparkan kejadian seorang lelaki dan wanita mencuri rantai tangan dan cincin emas di sebuah kedai emas. – BERNAMA
Pasangan kekasih ditahan disyaki curi barangan kemas lebih RM100,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.