Cuti umum bertindih 16 September, tiada cuti gantian

Cuti umum bertindih 16 September, tiada cuti gantian

Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja, 17 September depan, walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia pada 16 September.

Perkara itu diumumkan dalam laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.

“Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu,” menurut pengumuman itu. – BERNAMA

Cuti umum bertindih 16 September, tiada cuti gantian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker