Zarina Anjoulie buat laporan polis
Dituduh curi kereta Mercedes-Benz
Zarina Anjoulie buat laporan polis

PETALING JAYA – Dituduh mencuri sebuah kereta mewah, pelakon Zarina mendakwa kenderaan itu diserahkan individu tertentu kepadanya atas kes ganti rugi yang masih belum diselesaikan.
Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 37, berkata, dia tampil menangkis perkara yang disifatkan sebagai fitnah selepas pihak berkenaan tidak memperjelaskan situasi sebenar.
“Saya sebenarnya memilih untuk berdiam diri sebelum ini mengenai isu saya dituduh mencuri dan menyorok kereta Mercedes Benz.
“Tapi ramai yang bertanya, video pun dah viral di Tiktok, jadi saya nak jelaskan cerita itu tak benar sama sekali.
“Kereta itu diberikan kepada saya sebagai cagaran kerana ada ganti rugi yang pihak tersebut perlu lunaskan tapi benda itu tak diceritakan langsung pihak sana. Semua bukti ada dengan saya,” katanya menerusi video dalam TikTok.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Katanya, dua laporan polis dibuat berkaitan pemilikan kenderaan terbabit selain membabitkan tindakan pencerobohan serta fitnah yang dilemparkan individu berkenaan.
“Semalam, pihak polis membuat serbuan ke rumah individu tersebut untuk penangkapan, tetapi dia dilepaskan dengan jaminan polis.
“Sekarang saya perlu serahkan segala dokumen penting seperti geran tanah dan rumah kerana dia bukan saja menceroboh, tetapi memfitnah saya dan keluarga.
“Sedangkan dia tahu kenapa kereta itu ada pada saya. Itu adalah atas persetujuan bersama disebabkan ada perkara yang perlu dia selesaikan dengan saya,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Katanya, pihak terbabit menceroboh privasi keluarganya dengan membuat rakaman video secara langsung (live) di kediaman ibunya serta bertindak kurang ajar.
“Awak membuat fitnah, datang dengan biadabnya membuat live video di luar kediaman keluarga saya dengan emak saya.
“Emak saya yang pernah jemput dan bagi awak dan keluarga awak makan, macam itu awak biadab dengan keluarga saya.
“Menceroboh, memfitnah saya mencuri dan tak hormat dengan ibu saya, itu sebab saya ambil tindakan,” kongsinya lagi.
Menurut pelakon itu, kes berkenaan sudah diserahkan kepada peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman malu terhadap individu terbabit.
“Bukan itu sahaja, dia juga membuat fitnah terhadap rakan baik saya dengan menuduh kawan saya menculik anaknya demi view,” katanya.
Sebelum ini dalam satu video yang tular seorang wanita memberi amaran kepada seorang selebriti agar menyerahkan semula kenderaan kepunyaannya atau berdepan tindakan undang-undang. – KOSMO! ONLINE
Zarina Anjoulie buat laporan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.