Kakak temui ajal di kubur adik
Kakak temui ajal di kubur adik
ALOR GAJAH – Kasih seorang kakak menziarahi kubur yang menjadi rutin setiap minggu berakhir apabila menemui ajal di pusara adiknya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, wanita itu, Suhaidzra Abd Zahar, 46, disahkan meninggal dunia akibat masalah komplikasi jantung di Tanah Perkuburan Wakaf Lubok China di sini pukul 10.45 pagi tadi.
Menurutnya, si mati bekerja sebagai kerani pejabat peguam di Seremban 2 dan masih bujang itu merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik.
“Difahamkan, si mati kerap menziarah kubur adik lelakinya, Mohd Hairi yang meninggal dunia pada 4 November tahun lalu dengan memandu kereta sendiri dari Seremban 2 untuk balik ke kampungnya di Kampung Lubok China.
“Bagaimanapun, hari ini ketika meneruskan rutin bulanannya itu, ada saksi melihat wanita itu tiba-tiba rebah di sebelah kubur adiknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, dengan bantuan orang ramai, kerani itu kemudian di bawa ke Klinik Kesihatan Lubok China sebelum disahkan meninggal dunia dan jenazah di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk tindakan lanjut.
“Pegawai perubatan kemudian mengesahkan wanita itu meninggal dunia akibat masalah komplikasi jantung dan siasatan polis juga tidak mengesan sebarang unsur jenayah,” katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. MG
Kakak temui ajal di kubur adik
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam
You must be logged in to post a comment.