Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0: Polis buka 3 kertas siasatan, terima 6 laporan

Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0: Polis buka 3 kertas siasatan, terima 6 laporan

Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0: Polis buka 3 kertas siasatan, terima 6 laporan
Jauteh ketika bercakap pada sidang media di IPK Sabah, hari ini. – NSTP/JUWAN RIDUAN

KOTA KINABALU: Polis membuka tiga kertas siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 di sini, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan setakat ini, pihaknya menerima enam laporan berkait perhimpunan itu, sekali gus mengesan sembilan kesalahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, antara kesalahan dikenal pasti ialah menghasut; membuat pembakaran di tempat awam termasuk membawa bahan kakisan atau berbahaya seperti minyak dalam perhimpunan; serta menyentuh isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja).

“Polis akan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada, terutama Kanun Keseksaan serta Akta Hasutan, sebagai inti utama dalam siasatan ini.

“Kita telah membuka kertas siasatan berdasarkan undang-undang di negara ini. Apabila siasatan siap nanti, kita akan merujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut bagi tujuan pertuduhan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Jauteh berkata, terdapat beberapa insiden yang dikesan sepatutnya tidak berlaku ketika perhimpunan itu.

“Susulan itu, sama ada di pihak PDRM ataupun orang awam sendiri, beberapa laporan polis telah diterima,” katanya.

Malah, Jauteh berkata, perhimpunan itu tidak pernah mendapat kelulusan, sebaliknya polis hanya memberi maklum balas atas pemberitahuan dibuat oleh pihak penganjur.

Susulan pemberitahuan itu, katanya, pihak polis memberi maklum balas dengan meletak syarat-syarat untuk kepentingan keseluruhan masyarakat serta bagi memastikan ketenteraan awam sepanjang perhimpunan terbabit berlangsung.

Melalui maklum balas berkenaan, beliau berkata, polis menetapkan 15 syarat untuk dipatuhi pihak penganjur.

“Ia bukan kelulusan, sebaliknya adalah maklum balas atas pemberitahuan.

“Malangnya, pihak penganjur didapati gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Jauteh berkata, terdapat beberapa insiden yang dikesan sepatutnya tidak berlaku ketika perhimpunan itu.

“Susulan itu, sama ada di pihak PDRM ataupun orang awam sendiri, beberapa laporan polis telah diterima,” katanya.

 

Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0: Polis buka 3 kertas siasatan, terima 6 laporan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker