Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Perang antara Iran dan Israel dilihat semakin besar tanpa ada tanda-tanda akan berakhir dalam jangka waktu terdekat.
Bagi manusia yang ada sifat kemanusiaan, sudah pasti merasa gembira kerana hasrat untuk melihat regim Zionis dihukum menjadi kenyataan.
Namun begitu, kita berharap agar Iran tidak melakukan sesuatu yang akan memberi alasan kepada negara Eropah, terutamanya Amerika Syarikat untuk membantu Israel.
Lebih membimbangkan, Israel memiliki peledak nuklear yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Jangan kerana kemarahan pemimpin, negara hancur dan nyawa rakyat dipertaruhkan.
Si Kitol Bukannya Lambang Bangsa, Tetapi Lambang Keperibadian Tercela
Pada abad ke 15, Melaka bukanlah sekadar sebuah negeri yang kecil seperti hari ini.
Nama Melaka gah sebagai sebuah empayer yang sangat digeruni lawan dan disegani kawan.
Sistem dan teknologi pertahanan Melaka bukan sekadar keris dan tombak sebagaimana yang dikatakan oleh penjajah barat.
Ketika itu, armada Melaka sudah dilengkapi dengan ribuan meriam pelbagai saiz dan senapang bedil.
Ini diakui dalam catatan peperangan yang ditulis oleh tentera Portugis yang menyerang Melaka.
Melaka tidak jatuh ke tangan Portugis dalam satu serangan, tetapi dalam beberapa gelombang serangan.
Sejarah mencatatkan, Portugis hampir berputus asa dan berpatah balik.
Tetapi apakah yang menjadi turning point yang telah mengubah keadaan.
Di sinilah munculnya watak Raja Mandeliar dan Si Kitol yang telah mengkhianati Melaka.
Mereka berdua dibantu oleh pedagang luar yang turut bersekongkol di dalam mengkhianati Melaka.
Si Kitol Dan Raja Mandeliar Versi Iran
Inilah yang telah berlaku kepda Iran dalam serangan gelombang pertama Israel tempoh hari.
Dunia pertahanan merasa terkejut, bagaimana Iran yang memiliki teknologi senjata yang tinggi gagal mengesan kemaraan pesawat perang Israel.
Malah Iran gagal mengesan peluru berpandu yang telah menyerang tapak nuklear mereka serta mengorbankan beberapa nyawa pemimpin utama mereka.
Lebih menghairankan, bagaimana lokasi terkini pemimpin utama Iran boleh diketahui dengan begitu tepat.
Akhirnya terbongkar, segala-galanya adalah kerana perbuatan khianat Raja Mandeliar dan Si Kitol versi Iran.
Seawal 2006, Si Kitol dan Raja Mandeliar telah menggadaikan maruah mereka kepada MOSSAD.
Peluru berpandu dan penggodam radar Iran telah mula dibina di bumi Iran sendiri sejak 2006.
Peluru berpandu yang menyerang kediaman rahsia pemimpin utama Iran dilancarkan dari bumi Iran sendiri.
Selepas itu, sistem radar pertahanan udara Iran dilumpuhkan, juga dari bumi Iran untuk memberi laluan kepada jet pejuang Israel untuk menjalankan misi mereka.
Hasilnya, kesemua jet pejuang tersebut pulang dengan selamat ke Israel.
Turut sama besekongkol dengan adalah pekerja asing warga India yang sanggup menjadi talibarut MOSSAD.
Perisikan tentera Malaysia mesti mengambil pengajaran dari peristiwa ini.
Jangan biarkan walau seinci bumi Malaysia tertanam aset ketenteraan musuh.
Adakah Malaysia Mempunyai Tempat Berlindung Serta Bekalan Makanan Yang Mencukupi?
Sebaik sahaja perang meletus, perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu melarikan diri ke Greece.
Turut sama yang melarikan diri ke luar negara adalah golongan bangsawan dan hartawan.
Rakyat marhaen dibiar menguruskan diri dan keluarga sendiri di tengah-tengah kancah peperangan.
Rakyat Israel bernasib baik kerana kerajaan Israel sudah menyediakan bunker untuk mereka berlindung.
Israel juga mempunyai simpanan makanan asas yang mencukupi untuk setiap warganya sepanjang perang.
Bagaimana dengan negara kita?
Adakah negara kita mempunyai bunker serta bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyat sekiranya kita terjebak di dalam perang?
Benar, risiko untuk Malaysia terjebak dalam peperangan yang besar adalah kecil, namun, itu tidak berarti ianya tidak akan berlaku.
Bersediakah kita?
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Antara Iran & Israel
Di Syorkan Untuk Anda:
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.