Isu pemain warisan: FAM tidak terima surat rasmi FIFA, AFC tunjuk dokumen

Isu pemain warisan: FAM tidak terima surat rasmi FIFA, AFC tunjuk dokumen

Isu pemain warisan: FAM tidak terima surat rasmi FIFA, AFC tunjuk dokumen
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman. – Foto FAM

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mahupun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung permintaan bagi mengemukakan semula dokumen pemain warisan negara.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menafikan semua dakwaan beberapa pihak, selain menegaskan segala prosedur pendaftaran pemain telah dipatuhi sepenuhnya mengikut garis panduan sedia ada.

“Setakat hari ini, kita tidak menerima apa-apa surat daripada AFC dan FIFA. Kita mengikut segala undang-undang. Kita menafikan segala kenyataan itu (merujuk kepada laporan berita),” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita Indonesia mendakwa jika benar Malaysia menggunakan pemain warisan secara tidak sah, FAM boleh dikenakan tindakan tegas oleh FIFA seperti penggantungan daripada semua kejohanan anjuran badan induk dunia itu termasuk Piala ASEAN.

FAM sebelum ini menegaskan kelima-lima pemain warisan yang dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya telah melalui proses tapisan ketat yang ditetapkan oleh FIFA.

Lima pemain warisan baharu iaitu Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado menerima kelulusan rasmi daripada FIFA untuk mewakili skuad kebangsaan.

Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor Paul John setakat ini belum berjaya apabila beliau tidak dapat dihubungi.

Isu pemain warisan: FAM tidak terima surat rasmi FIFA, AFC tunjuk dokumen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker