Le Normand tak simpan dendam jumpa negara kelahiran sendiri
Le Normand tak simpan dendam jumpa negara kelahiran sendiri

Madrid: Pemain pertahanan Sepanyol, Robin Le Normand, menegaskan tiada sebarang dendam terhadap Perancis, negara tempat kelahirannya, menjelang aksi separuh akhir UEFA Nations League di Stuttgart, Khamis ini.
Le Normand, 28, yang kini beraksi bersama Atletico Madrid, lahir di Brittany, Perancis, namun memilih untuk mewakili Sepanyol selepas memperoleh kewarganegaraan pada Mei 2023.
“Tiada rasa kesal atau persoalan seperti ‘adakah saya buat pilihan tepat’… saya tak pernah rasa begitu,” katanya kepada AFP di kem latihan La Roja di Las Rozas.
Walaupun jurulatih Perancis, Didier Deschamps, pernah menyatakan beliau menyukai gaya permainan Le Normand, panggilan skuad kebangsaan tidak pernah hadir menyebabkan Sepanyol bertindak pantas ‘memancing’ pemain itu, seperti yang mereka lakukan ke atas Aymeric Laporte dan Diego Costa sebelum ini.
“Saya hanya fokus membalas kepercayaan yang diberikan, dan cuba beri segalanya di atas padang,” katanya.’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Le Normand pernah terlepas aksi separuh akhir Euro 2024 menentang Perancis akibat penggantungan, namun kali ini dijangka bakal diturunkan dalam kesebelasan utama.
Musim ini menyaksikan detik sukar buat Le Normand selepas mengalami kecederaan otak traumatik akibat pertembungan dengan pemain Real Madrid, Aurelien Tchouameni, dalam aksi derby pada Oktober tahun lalu.
“Mula-mula saya ingat ia bukan serius, tapi bila otak sendiri kata ‘tak boleh naik tangga’, barulah sedar,” jelasnya.
Dia memerlukan hampir tiga bulan untuk pulih, termasuk terpaksa memakai topi pelindung ketika kembali ke padang.
Kini, selepas 15 hingga 20 perlawanan pemulihan, dia kembali berada di prestasi terbaik sekali gus tepat pada masanya untuk berdepan skuad Les Bleus.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
Le Normand turut berseloroh mengenai bakat muda Sepanyol, Lamine Yamal, yang menjaringkan gol menakjubkan ketika menentang Perancis dalam Euro 2024 lalu.
“Saya lebih rela dia di pihak saya daripada lawan satu lawan satu… bila lawan Barca musim ini, kadang-kadang rasa tak berdaya,” katanya mengenai pemain berusia 17 tahun itu.
Le Normand tak simpan dendam jumpa negara kelahiran sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.