Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Pergi Klinik
Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Pergi Klinik
Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memuji sikap pempengaruh, Aiman Tak Kesah yang masih menjalankan tanggungjawab sebagai suami meskipun kini sedang mempunyai masalah rumah tangga.
Bertanggungjawab
Menerusi hantaran di Instagram Story, Fara berkongsi semula video memaparkan Aiman menemani isterinya, Siti Jamumall yang sedang hamil ke sebuah klinik.
Tidak memetik nama mana-mana individu, Fara bagaimanapun berasa kecewa dengan sikap seseorang yang culas menjalankan tanggungjawab sebagai suami serta bapa.
Sekurang-kurangnya dia (Aiman) tahu tanggungjawab. Bukan main lepas gitu saja. Tak ambil tahu perkembangan anak langsung. Ada baik dan beriman la juga budak Aiman ini.
Daripada ada spesis bab* tahu main lepas sperm, lepas tanggungjawab fasal anak pun tak ambil tahu langsung.
Sebelum ini, Fara mendakwa Shuk langsung tidak mengambil tahu mengenai kehamilan anak pertama mereka. Kongsinya, anak yang sedang dihamilkan itu dijangka bakal dilahirkan pada Jun.
Terdahulu, Fara ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.
Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.
Sumber: Instagram
Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Pergi Klinik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.