Masa depan Garnacho di United kini jadi tanda tanya

Masa depan Garnacho di United kini jadi tanda tanya

Masa depan Garnacho di United kini jadi tanda tanya
PEMAIN Manchester United, Alejandro Garnacho. FOTO Agensi

Manchester: Masa depan Alejandro Garnacho bersama Manchester United musim depan kini menjadi persoalan selepas pemain itu tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama dalam aksi final Liga Europa menentang Tottenham.

Dalam aksi itu, anak buah Ruben Amorim tewas 1-0 sekali gus ia dianggap musim paling buruk buat United.

Skuad The Red Devils bukan saja terlepas trofi, malah turut menamatkan kedudukan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-16 ketika ini.

Ketiadaan Garnacho cukup mengejutkan biarpun dia sebelum itu dilihat memainkan watak penting dalam kemaraan United ke pentas final itu.

Kelibat pemain itu hanya dapat disaksikan 19 minit sebelum perlawanan berakhir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Sehingga kami mara ke final, saya bermain setiap perlawanan tetapi hari ini saya hanya bermain 20 minit sahaja. Saya tidak tahu (diletakkan sebagai pemain simpanan),” kata Garnacho kepada pemberita.

“Kami tidak menewaskan sesiapa pun dalam liga. Kami kekurangan banyak perkara. Apabila anda tidak menjaringkan gol, anda memerlukan sesuatu yang ajaib,” katanya.

Garnacho sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli atau Chelsea pada jendela perpindahan Januari lalu selepas digugurkan daripada skuad oleh Amorim ketika pertembungan menentang Manchester City Disember lalu.

“Perlawanan terakhir ini akan mempengaruhi (keputusan saya). Apapun saya akan cuba menikmati musim panas (rehat pramusim) dan lihat apa yang berlaku selepas itu.”

Masa depan Garnacho di United kini jadi tanda tanya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker