DinFei akui hilang arah
DinFei akui hilang arah

Kuala Lumpur: “Mereka lebih laju dan mengawal tempo permainan. Saya pula gagal memainkan peranan di jaring dengan baik. Saya cuba membuka peluang serangan untuk Izzuddin, tapi ia tidak menjadi.”
Itu pengakuan jujur pemain beregu lelaki negara, Goh Sze Fei, selepas gandingannya bersama Nur Izzuddin Rumsani tumbang kepada pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kim Won Ho, di pusingan kedua Seluruh England awal pagi tadi.
Izzuddin turut mengakui mereka hilang arah sejak awal permainan.
“Mereka sudah membaca strategi kami sejak awal dan tidak banyak melakukan pukulan lambung, menyebabkan kami sukar menyerang,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Mereka gagal mengulangi kejayaan menewaskan Seung Jae-Won Ho di final Terbuka India Januari lalu.
Lebih membimbangkan, sejak bergabung awal tahun ini, Seung Jae-Won Ho sudah menumbangkan kesemua empat pasangan terbaik Malaysia dalam tempoh kurang tiga bulan.
Antara mangsa mereka termasuk beregu nombor lima dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (separuh akhir Terbuka India), beregu nombor tujuh dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun (pusingan pertama Masters Orleans) dan beregu nombor 17 dunia, Arif Junaidi-Yap Roy King (pusingan pertama Terbuka Malaysia, suku akhir Terbuka Jerman).
Biarpun terkandas di pusingan kedua, ia tetap pencapaian terbaik Sze Fei-Izzuddin di Seluruh England selepas tersingkir di pusingan pertama dalam tiga penampilan sebelum ini (2020, 2022, 2024).
Kini, mereka akan memberi tumpuan kepada Terbuka Switzerland minggu depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
Malaysia sebelum ini meletakkan harapan tinggi untuk menamatkan kemarau kejuaraan beregu lelaki di Seluruh England, dengan enam wakil dalam saingan – lebih ramai daripada mana-mana negara lain.
Namun, kuantiti tidak membawa erti apabila semua tersingkir awal.
Kali terakhir Malaysia muncul juara beregu lelaki di kejohanan berprestij itu adalah menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2007.
Sementara itu, Seung Jae-Won Ho akan berdepan gandingan China, Xie Hao-nan-Zeng Wei-han di suku akhir dalam misi memburu gelaran ketiga musim ini.
DinFei akui hilang arah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET