Pendam hasrat ‘angkat kaki’
Pendam hasrat ‘angkat kaki’

SUDAH lebih berbelas tahun aktif dalam karier lakonan, Nadiya Nisaa kini boleh berbangga dengan kejayaan dicapainya apabila pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij di tanah air.
Nadiya, 40, sudah meraih antaranya Anugerah Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik termasuk, Pelakon Komedi Wanita Terbaik TV dan Filem.
Bagaimanapun, tahun lalu Nadiya ada meluahkan hasrat mahu ‘angkat kaki’ dari industri hiburan berikutan mendakwa sudah hilang motivasi untuk terus berkarya.
Namun, sehingga kini rezeki lakonan ibu dua cahaya mata itu didapati tidak putus sama ada tawaran membintangi drama, telefilem dan filem dengan watak tersendiri.
Terbaharu, Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin menerima tawaran berlakon filem seram keduanya, Polong selepas Harum Malam, dua tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Ketika ditanya semula mengenai hasratnya untuk berehat daripada karier sebagaimana pernah diluahkan, Nadiya berkata, keinginan itu masih ada dan belum terpadam, mungkin terlaksana tahun ini.
“Insya-Allah, hasrat saya untuk berehat itu masih ada. Tapi, buat masa sekarang kena kerja lagi sebab masih ada komitmen yang perlu diselesaikan sehingga Jun depan.
“Selepas itu, mungkin dah ada ‘seruan’ untuk berehat seperti yang pernah saya suarakan sebelum ini akhirnya tiba juga, Insya-Allah,” katanya masih sibuk di set penggambaran.
Menurut Nadiya, dia berhasrat ingin ‘angkat kaki’ bukan kerana bosan dengan industri, tetapi ingin melihat sama ada sekiranya berhenti berlakon apa akan berlaku dan keputusan itu bukan ‘menyepi’ selamanya.
Berbicara juga mengenai aktiviti seninya pada Ramadan ini, Nadiya berkata, dia kembali semula bekerja di bulan puasa kerana terikat jadual lakonan membintangi drama slot Akasia di TV3.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
“Selepas beberapa tahun saya tak ‘shooting’ ketika bulan puasa kerana selesa menguruskan keluarga dan anak-anak di rumah, tapi tahun ini saya kena kerja.
“Jadi, saya perlu membiasakan diri semula untuk sibuk di set ‘shooting’ kerana drama Akasia ini juga bagus jalan ceritanya serta watak saya pun menarik.
“Seronok juga bila saya dapat berlakon Akasia kerana ini peluang pertama saya membintangi drama untuk slot popular TV3 itu. Dah lama saya inginkannya.
“Jadi, apabila peluang yang diimpikan selama ini akhirnya saya dapat juga, maka sukar dilepaskan. Maklumlah peluang pun bukan datang selalu,” katanya.
Kata pelakon drama fenomena Adam dan Hawa ini, dia sangat bersyukur rezekinya dalam lakonan masih sentiasa ada dan atas sebab itu juga sukar untuknya menolak peluang.
Seiras dengan June Lojong
Meskipun dirinya ada perasaan takut untuk beraksi dalam filem seram, Nadiya berkata, hubungan baik dengan pengarah Polong iaitu Zulkarnain Azhar membuatkan dia tidak dapat menolak.
Katanya, apatah lagi menerusi filem seram Harum Malam sebelum ini dia setuju bekerjasama dengan pengarah berkaliber, Dain Said dan kini dengan Zulkarnain pula.
“Melihat juga pada barisan pelakon Polong seperti Namron, June Lojong, Fad Anuar dan ramai lagi yang hebat membuat saya rasa perlu ada dengan mereka dalam filem ini.
“Ditambah, saya digandingkan lagi dengan June yang sebelum ini ramai kata wajah kami seiras. Jadi, adanya saya dalam filem Polong kerana watak kami ada kaitan sebagai saudara.
“June melakonkan watak Maria Hadi iaitu wanita yang terkait dengan amalan ilmu hitam. Manakala, saya pula sebagai sepupunya dan apa kaitan watak kami selain saudara, biarlah rahsia,” katanya.
Diterbitkan produksi Golden Star Pictures Sdn Bhd (GSPSB), pembikinan Polong difahamkan sebanyak RM3 juta dan lokasi penggambaran pada Mei depan ialah di Selangor, Melaka dan Johor Bahru.
Seiras dengan June Lojong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET