Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing

Sepang: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing tanpa identiti selepas mereka menyerang sepasukan polis dalam kejadian di Desa Vista di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan oleh pemilik rumah.
“Susulan itu, elemen JSJ digerakkan bagi mengesan suspek. Sepasukan polis berjaya menemukan tiga suspek di kawasan hutan berdekatan tangki air.
“Suspek berusia 35 hingga 40 tahun bertindak menyerang anggota polis menggunakan parang sebelum ditembak mati,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Fadil berkata, siasatan awal mendapati semua suspek bergiat aktif dalam jenayah samun dan pecah rumah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta.
“Suspek juga bertindak ganas dengan mencederakan mangsa ketika jenayah dilakukan terbaharu dalam kejadian di Sungai Buloh apabila seorang lelaki cedera ditetak oleh suspek.
“Pemeriksaan mendapati kumpulan penjenayah ini terbabit dalam 17 kes pecah rumah serta samun sejak awal 2024 termasuk tiga kes pada bulan Ramadan,” katanya.
Menurutnya, semua suspek akan pulang ke negara asal selepas melakukan jenayah dan akan kembali ke negara ini untuk melakukan jenayah.
“Polis kini sedang mengesan dua lagi saki-baki penjenayah dipercayai menganggotai kumpulan jenayah berkenaan.
“Mayat kesemua penjenayah berkenaan di hantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat,” katanya.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET