Remaja dilaporkan hilang selepas ditegur bapa
Remaja dilaporkan hilang selepas ditegur bapa
SHAH ALAM: Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata remaja berumur 16 tahun itu dilaporkan hilang oleh bapanya berusia 46 tahun pada jam 9.27 pagi semalam.
“Remaja itu adalah anak kedua daripada lima adik-beradik dan belajar di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.
“Dia dipercayai keluar rumah pada petang Ahad lalu. Punca dia meninggalkan rumah ialah ditegur bapanya kerana terlalu leka bermain telefon, selain disekat akses internet,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ciri-ciri fizikal remaja itu ialah memiliki ketinggian 158 sentimeter, berat badan 53 kilogram, berkulit sawo matang dan berbadan kurus.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Katanya, mangsa keluar rumah dengan memakai baju putih lengan panjang, tudung berwarna hitam, seluar panjang berwarna hitam dan membawa sebuah beg sandang.
“Satu Kertas Enkuiri Polis Orang Hilang (KEP OH) dibuka untuk menyiasat kes kehilangan remaja itu.
“Sesiapa mempunyai maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha, melalui talian 014-5130450,” katanya.
Remaja dilaporkan hilang selepas ditegur bapa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET