94 hektar hutan gambut di Pekan terbakar

94 hektar hutan gambut di Pekan terbakar

94 hektar hutan gambut di Pekan terbakar
Anggota Bomba dan Penyelamat Balai Peramu berusaha memadam kebakaran kawasan paya gambut di Sungai Miang. – Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Kebakaran hutan gambut yang memasuki hari kesembilan sejak 3 Mac lalu membabitkan kawasan seluas 94 hektar di dua lokasi di Pekan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, berkata daripada jumlah itu, 80 hektar kebakaran hutan berlaku di Chenderawasih dan 14 hektar di Palma Valley.

Katanya, setakat ini, seramai 31 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Nenasi dan Peramu terbabit dalam operasi pemadaman.

“Kebakaran mula dilaporkan berlaku membabitkan kawasan seluas tiga hektar pada 3 Mac lalu, sebelum berjaya dipadamkan tiga hari kemudian.

“Bagaimanapun, api kembali merebak sehingga seluas 94 hektar dan setakat ini satu hektar berjaya dipadamkan di kawasan Palma Valley,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?


Semalam, JBPM Pahang mengumumkan operasi pemadaman kebakaran ladang kelapa dan hutan seluas 176 hektar di Gebeng, di sini, yang berlaku sejak 22 Februari lalu, ditamatkan sepenuhnya.

Lebih 70 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi lebih dua minggu itu.

Bagaimanapun, tumpuan operasi pemadaman kini beralih pula ke Pekan susulan cuaca panas.

94 hektar hutan gambut di Pekan terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker