Anak Aliff Syukri Dikejarkan Ke Hospital [VIDEO]

Netizen Titip Doa!

Anak Aliff Syukri Dikejarkan Ke Hospital [VIDEO]

Anak Aliff Syukri Dikejarkan Ke Hospital [VIDEO] Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di ibu kota selepas mengalami masalah kesihatan.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi hantaran di Instagram, yang memaparkan Qadejah yang menangis ketika pihak doktor melakukan pemeriksaan pada bahagian lehernya itu.

Tidak mendedahkan masalah kesihatan yang dihidapi puteri sulungnya itu, Aliff turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan Qadejah.

“Anak dara abah ni jarang sakit. Sekali sakit, teruk terus. Semoga sesiapa yang melihat video ini doakan anak saya sihat seperti sediakala.

Terima kasih Prof Dr Mohamad Razif dan seluruh kakitangan HUKM Specialist di atas rawatan dan kerjasama yang terbaik untuk anak saya. Mudah-mudahan ada di antara doa-doa anda yang makbul.”-kongsi Aliff di Instagram

Dibanjiri Doa Netizen & Rakan Selebriti!

Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti menitipkan doa agar Qadejah diberikan kesembuhan dengan cepat, malah ramai yang memuji sikap Aliff yang memberikan kata-kata semangan buat Qadejah yang bimbang dengan keadaan kesihatannya ketika itu.

“Ya Allah semoga cepat sihat cess.”- Zarina Zainuddin

“Semoga Allah kurniakan syifa buatmu dan segera sembuh. Chess anak yang baik, yang selalu menghiburkan semua orang. Fight Chess!-“Pija Minaz

“Anak abah juara! i salute you datuk! Tak semua ayah boleh cakap macam tu kat anak.”

“Suka tengok Datuk, lafazkan ‘anak abah juara’ amat jarang seorang ayah lafazkan perkataan yang biasa dilafazkan pada anak kecil. Datuk seroang  yang penyayang. Walaupun kita orang Melayu segan nak lafaz macam tu, walaupun sayang sangat-sangat kat anak.”

Semoga Cess cepat sembuh!

Anak Aliff Syukri Dikejarkan Ke Hospital [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker