ACC 2025: Ridwan belum selesa isi tempat acara pecut

ACC 2025: Ridwan belum selesa isi tempat acara pecut

ACC 2025: Ridwan belum selesa isi tempat acara pecut
RIDWAN muncul pemenang pingat gangsa acara pecut elit lelaki pada Siri Trek Asean (Piala Presiden) Satu berlangsung di Velodrom Nasional di Nilai, Selasa lalu. FOTO AZRUL EDHAM

Kuala Lumpur: Pelumba muda basikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom belum selesa ‘dicanang’ selaku pengganti seterusnya dalam acara pecut selepas ketiadaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025, bulan hadapan.

Muhammad Ridwan berkata, beliau sedar bukan satu tugas mudah untuk mengambil tanggungjawab itu, namun optimis ia dapat dibuktikan menerusi hasil kerja keras pada beberapa kejohanan sebelum ACC 2025 membuka tirai.

Terdahulu, pelumba berusia itu merakamkan permulaan positif bagi musim 2025 selepas muncul pemenang pingat gangsa acara pecut elit lelaki pada Siri Trek Asean (Piala Presiden) Satu, berlangsung di Velodrom Nasional di Nilai, pada Selasa.

“Saya harap macam tu lah (isi kekosongan di ACC 2025) tapi tidak boleh terlalu yakin sebab dalam acara pecut macam-macam boleh terjadi.

“Siapa-siapa pun boleh isi kekosongan yang ada. Saya hanya akan berusaha berlatih sehabis baik dan fokus untuk dapatkan slot itu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?


Setakat ini, abang beliau, Muhammad Shah Firdaus sah akan beraksi di ACC 2025 tatkala ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, Harnizam Basri sedang meneliti pelumba lain bakal turut serta pada kejohanan itu menerusi penelitian dalam Siri Trek Asean.

Siri Trek Asean Piala Presiden Dua dan Tiga masing-masing akan berlangsung pada 18-19 dan 22-23 Januari.

Muhammad Ridwan yang bergandingan bersama Muhammad Fadhil Zonis serta Umar Hasbullah, merangkul pingat perak bagi acara pecut berpasukan pada ACC di New Delhi, tahun lalu, sekali gus memperbaiki pencapaian gangsa pada edisi 2023 di Velodrom Nasional.

Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ sebelum ini adalah pelumba utama negara yang sering menjadi sandaran untuk membawa cabaran dalam acara pecut individu dan berpasukan dalam ACC.

ACC 2025: Ridwan belum selesa isi tempat acara pecut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker