2 warga emas termasuk pengurus syarikat rugi lebih RM2 juta kena scam

2 warga emas termasuk pengurus syarikat rugi lebih RM2 juta kena scam

2 warga emas termasuk pengurus syarikat rugi lebih RM2 juta kena scam

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat kerugian RM1.63 juta selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan dalam Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata terdahulu mangsa lelaki tempatan berusia 61 tahun itu tertarik dengan iklan berkenaan sebelum menghubungi pengiklan melalui telefon.

Beliau berkata, suspek kemudian memberi satu pautan laman sesawang kepada warga emas itu untuk tujuan membuat pelaburan.

“Pengadu kemudian membuat 15 kali pindahan wang secara dalam talian ke dalam enam akaun bank suspek yang berbeza bagi tujuan membeli mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditukarkan kepada mata wang kripto.

“Bagaimanapun, setelah membuat berbelas pindahan wang, mangsa tiada menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?


Berikutan itu, beliau berkata, mangsa tampil membuat laporan polis di Ampang Jaya dan siasatan kini sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor.

“Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan yang diiklankan di platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, Hussein berkata, seorang lagi lelaki warga emas kerugian hampir RM1 juta selepas diperdaya sindiket penipuan telefon atau ‘phone scam’.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dimaklumkan kononnya mempunyai kesalahan jenayah, iaitu menyalahgunakan produk penjagaan kulit, mempunyai waran tangkap kes dadah serta kes pengubahan wang haram.

“Suspek kemudian meminta mangsa membuat pembayaran bagi mengelak waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


“Berikutan itu, mangsa membuat dua pindahan wang secara dalam talian ke dalam dua akaun bank berbeza supaya dirinya tidak ditangkap.

“Suspek juga meminta mangsa memuat naik gambar bahagian depan dan belakang kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik mangsa.

“Setelah memuat naik gambar itu, mangsa mendapati wang dalam akaun bank miliknya berkurangan dengan sehingga mengalami kerugian berjumlah RM997,105.50,” katanya.

Hussein berkata, kedua-dua kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu menipu.

Katanya, orang ramai yang mengesyaki sebarang panggilan mencurigakan boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997 untuk tujuan semakan, nasihat atau aduan.

2 warga emas termasuk pengurus syarikat rugi lebih RM2 juta kena scam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker