Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet
Membakut: Seorang pekerja kontrak maut selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Bambangan, di sini, petang tadi.
Mangsa lelaki berusia 19 tahun dipercayai terkena renjatan ketika melaksanakan kerja memasang talian internet sebuah syarikat telekomunikasi berhampiran kabel elektrik.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.20 petang.
“Sebaik tiba di lokasi didapati terdapat seorang lelaki terkena renjatan elektrik dan menurut rakannya, mangsa terkena renjatan ketika menjalankan memasang talian internet berhampiran kabel elektrik.
“Mangsa telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerjanya sebelum ketibaan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di hospital oleh doktor yang bertugas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Menurutnya, operasi dijalankan membabitkan lima anggota bersama sebuah jentera.
“Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.12 petang,” katanya.
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.