Punca kemalangan korbankan enam sekeluarga
Punca kemalangan korbankan enam sekeluarga
Semporna: Kereta dinaiki terlajak hingga memasuki jalan bertentangan dipercayai punca kemalangan di Kilometer 37 Jalan Semporna-Tawau, semalam yang mengorbankan enam sekeluarga.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sobri Zainol berkata, dalam kejadian 4.10 petang itu, kereta Proton Wira dinaiki semua mangsa dari arah Tawau ke Semporna, kemalangan dengan pacuan empat roda Isuzu D-Max dan Toyota Innova.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, Proton Wira dipandu lelaki berumur 34 tahun memasuki laluan bertentangan dan melanggar tayar belakang Isuzu D-Max, menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terbalik.
“Akibatnya, pemandu Proton Wira parah, manakala lima penumpang maut di lokasi dan seorang meninggal dunia di Hospital Semporna,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, mereka yang meninggal dunia adalah wanita bersama bayi lelaki berusia lapan bulan yang juga isteri serta anak pemandu, warga emas berumur 82 tahun, kanak-kanak perempuan tujuh tahun dan dua remaja lelaki berumur 15 dan 18 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
“Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun iaitu salah seorang daripada tiga penumpang Toyota Innova parah di bahagian kaki, manakala empat orang yang menaiki pacuan empat roda cedera ringan,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Punca kemalangan korbankan enam sekeluarga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.