6 rumah Orang Asli musnah angkara ‘abang besar’
6 rumah Orang Asli musnah angkara ‘abang besar’
Gua Musang: “Ini serangan terburuk apabila enam rumah penduduk dimusnahkan gajah liar, sejak Ahad lalu,” kata penduduk Orang Asli Kampung Mendrod, Pos Brooke di sini, Peterson Peter AnjitMenurut Paterson, 53, kemunculan gajah liar semakin menjadi-jadi di perkampungan Orang Asli sejak dua tahun lalu apabila ‘abang besar’ itu mula menghampiri rumah penduduk untuk mencari makan.
Katanya, sebelum ini, walaupun kerap kali muncul di kawasan rumah penduduk, haiwan liar itu tidak pernah bertindak merosakkan rumah penduduk.
“Saya terkejut apabila datang ke rumah dalam kebun ini, kira-kira 8 pagi semalam, rumah itu musnah dengan dinding sudah tercabut dan semua barang berserakan diatas tanah.
“Ini kejadian pertama gajah menyerang rumah penduduk dan saya difahamkan, ia sudah berlarutan sejak Ahad lalu. Jika sebelum ini, gajah liar ini hanya datang dan makan tanaman seperti pisang dan ubi kayu di sekeliling rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
“Kejadian ini sangat membimbangkan kami penduduk kampung di sini. Bimbang sekiranya gajah liar terbabit bertindak semakin agresif dan menyerang penduduk yang terserempak dengannya,” katanya ketika ditemui di Kampung Mendrod, Pos Brooke di sini.
Menurut Penghulu Kampung Mendrod, Alang Busu, lebih 400 penduduk kini hidup dalam kebimbangan dan ketakutan susulan serangan gajah liar terbabit.
Katanya, penduduk kini sudah tidak berani untuk tinggal dan bermalam di rumah yang terletak dalam kebun kerana takut dengan ancaman ‘abang besar’ itu.
“Dalam kejadian Ahad lalu, lapan sekeluarga terselamat dalam serangan gajah liar terhadap rumah mereka. Kira-kira jam 2 pagi, mereka sempat menyelamatkan diri apabila terdengar bunyi bising di sekitar rumah mereka.
“Apabila kami datang keesokan paginya, rumah mereka sudah dirosakkan sekumpulan gajah liar terbabit. Gajah terbabit turut merosakkan sebuah motosikal, katil dan tilam.
“Dengan kesan tapak kaki pelbagai saiz yang ditemukan di sekitar kawasan rumah dan kebun penduduk yang musnah, dianggarkan terdapat lapan gajah yang kini berkeliaran di kawasan penempatan kami,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan menerima laporan penduduk Orang Asli terbabit berhubung serangan gajah liar itu.
6 rumah Orang Asli musnah angkara ‘abang besar’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.