Arteta diejek selepas salahkan bola punca Arsenal kalah
Arteta diejek selepas salahkan bola punca Arsenal kalah
London: Penganjur Piala Liga secara berseloroh menyindir Mikel Arteta selepas pengurus Arsenal itu mendakwa bola yang digunakan menjadi punca kekalahan pasukannya kepada Newcastle.
Pasukan bimbingan Eddie Howe semakin hampir melangkah ke pentas final di Wembley pada Mac depan selepas meraih kemenangan 2-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Emirates, awal pagi tadi hasil jaringan Alexander Isak dan Anthony Gordon.
Arsenal melakukan 23 percubaan, tetapi hanya tiga yang tepat ke sasaran, manakala Gabriel Martinelli dan Kai Havertz gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk mendapatkan gol.
Bola yang digunakan dalam pertandingan itu dihasilkan oleh Puma, manakala bola yang digunakan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah keluaran Nike.
Sebelum perlawanan separuh akhir pertama, Arsenal sudah menjaringkan 11 gol dalam tiga perlawanan Piala Liga musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Akaun X rasmi Carabao Cup (Piala Liga), yang mempunyai hampir 600,000 pengikut, menyiarkan semula klip Arteta bercakap mengenai bola itu semasa sidang media selepas perlawanan, disertakan dengan memek muka penyanyi rap AS, 50 Cent, yang kelihatan kecewa, sebagai sindiran terhadap komen pengurus Arsenal itu.
Pemenang aksi Arsenal-Newcastle dalam perlawanan timbal balik di St James’ Park pada 5 Februari depan, akan berdepan Tottenham atau Liverpool di Wembley.
Arteta kini berada di bawah tekanan untuk membawa pulang trofi kedua sebagai pengurus Arsenal, lima tahun selepas memenangi Piala FA dalam musim pertamanya.
Arsenal, yang kini di tangga kedua EPL, akan menjadi tuan rumah kepada Manchester United dalam pusingan ketiga Piala FA, Ahad ini.
Arteta diejek selepas salahkan bola punca Arsenal kalah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.