Isteri jurutera hilang rayu suami pulang

Isteri jurutera hilang rayu suami pulang

KOTA BHARU – Seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Panji dekat sini hilang selepas keluar bekerja sejak lebih seminggu lalu.

Isterinya, Nurul Ain Muhammad Mudzafar, 39, berkata, suaminya, Faizal Ahmad, 39, keluar sekitar jam 4 petang, 16 Ogos lalu dan memberitahu perlu bekerja di luar kawasan selain berkata akan pulang selepas selesai melaksanakan tugasnya itu dalam tempoh dua atau tiga hari.

“Saya tak dapat pastikan tempat dia bekerja tetapi dikatakan di daerah ini sahaja, namun kini sudah 10 hari dia tidak pulang dan telefon bimbitnya pula tidak dapat dihubungi.

“Kalau dia terbaca ini, saya nak beritahu, tolonglah balik, saya, anak kita dan mama awak rindukan awak, baliklah, semua keluarga kita menunggu kepulangan awak,” katanya dalam nada sebak ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Nurul Ain juga seorang suri rumah yang sedang sarat mengandung enam bulan anak kedua mereka manakala anak lelaki sulung pasangan itu berusia enam tahun.

Menurut Nurul Ain, dia berasal dari Johor Bharu, Johor manakala suaminya asal dari Taiping, Perak dan mereka sudah enam tahun menetap di Kota Bharu.

Katanya, Faizal seorang suami yang baik dan mereka tidak mempunyai sebarang perselisihan faham sebelum kehilangan lelaki terbabit.

“Dia juga bapa yang sangat penyayang dan rapat dengan anak sulung. Sekarang anak kami kerap menangis kerana rindukan bapanya.

“Biasa, dia akan menelefon saya jika telefon bimbitnya bermasalah atau habis bateri, tetapi kali ini terakhir saya dapat bercakap dengan dia hanya pada jam 8.30 malam, 16 Ogos lalu, itu pun hanya perbualan biasa, tak ada yang pelik,” katanya.

Nurul Ain yang bimbang keselamatan suaminya itu membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada Ahad dan berharap agar suaminya pulang dalam keadaan selamat.

“Kali terakhir, dia keluar menunggang motosikal Ego Avantiz bernombor plat DDU4787.

“Saya meminta orang ramai yang terlihat suami saya untuk membantu menghubungi saya atau mana-mana balai berdekatan,” ujarnya. Sinar

Isteri jurutera hilang rayu suami pulang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker