Insiden tembak di Klang, polis temu 6 kelongsong

Insiden tembak di Klang, polis temu 6 kelongsong

Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang.

Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, berkata mangsa berusia 45 tahun itu dipercayai ditembak seorang lelaki menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih berdekatan restoran berkenaan, pada 2.15 pagi, Jumaat lalu.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila MPV berkenaan berhenti berdekatan restoran sebelum lelaki tersebut turun dari kenderaan lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah individu yang duduk di luar restoran.

Suspek kemudian melarikan diri menggunakan kenderaan yang sama, katanya dalam kenyataan.

Cha berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, siasatan di tempat kejadian bersama Unit Forensik IPK Selangor menjumpai enam kelongsong peluru, satu anak peluru selain terdapat kesan tembakan pada kerusi dan dinding restoran.

Beliau berkata, polis kini giat memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 untuk membantu siasatan. FMT

Insiden tembak di Klang, polis temu 6 kelongsong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker