Lelaki gelandangan saksi kejadian tanah jerlus Jalan Masjid India dikehendaki Polis
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki gelandangan yang menjadi saksi kejadian seorang wanita warga asing menjadi mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata lelaki gelandangan terbabit adalah seorang daripada individu yang duduk di kerusi batu berdekatan lubang jerlus berlaku.
“Buat masa ini, kita sudah rakam keterangan lima ahli keluarga mangsa termasuk seorang adik perempuannya yang ketika kejadian, dia berjalan di depan tidak jauh dari mangsa.
“Dia maklumkan, sebaik berlaku tanah jerlus, dia menjenguk ke dalam lubang tanah jerlus dan mendapati kakaknya sudah tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, pihaknya kini sedang mengesan saksi yang dikenal pasti sebagai orang gelandangan yang menjadi saksi kejadian itu.
“Namun setakat ini, dia belum ditemui. Usaha mengesannya sedang dijalankan,” katanya.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi kelmarin, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Laporan kejadian itu diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur pada jam 8.22 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Dalam pada itu, katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga hari ini diteruskan membabitkan kekuatan 104 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi keselamatan dan pihak berkuasa.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- MAS dilanda krisis keyakinan, kerajaan perlu hindar insiden berulang
- Lepas puas gaduh, Shuk, Fara tunai umrah bersama
- UMNO cadang SRA, SMA, SMKA laksana Program Ulul Albab
- Wanita berpayung ketuk pintu rumah minta RM100
- Wanita gigit hidung jiran kerana bunyi bising ubah suai rumah
- UMNO tak akan berhenti dapatkan keadilan untuk Najib – Zahid
- China beri amaran keras kepada negara yang terima lawatan Dalai Lama
- Dafi tak sentap dibahan netizen
- Teori dakwa Jho Low ialah ‘bayangan’ Najib hanya fiksyen tanpa bukti – Peguam bela
- Dera, liwat pelajar tahfiz, 5 ditahan polis
- Pendang rekod kes dadah paling serius di Malaysia
- Terdapat cek dimasukkan dalam akaun Wan Saiful – Saksi
- Yasin sengaja tanam 140 pokok kanabis, ganja – Hakim Mahkamah Tinggi
- Ular tedung selar sambut jemaah di surau
- Peringatan Darurat Garuda Biru
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen
Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily