Durian percuma jadi rebutan, 7 tan habis tak sampai sejam

PUTATAN: Tujuh tan durian yang disajikan secara percuma kepada pengunjung Festival Keusahawanan, Kebudayaan dan Jualan Agro MADANI, di sini, hari ini, habis dalam masa tidak sampai sejam.

Ratusan pengunjung dilihat sudah menunggu sejak tengah hari di tapak Pasar Malam Peladang untuk mendapatkan durian yang dibawa dari Sipitang itu, walaupun program terbabit dijadualkan bermula jam 2 petang.

Empat pikap sarat dengan muatan durian tiba kira-kira jam 2.40 petang sebelum raja buah itu habis diagihkan kepada orang ramai dalam masa singkat.

Difahamkan, pemberian raja buah secara percuma itu adalah inisiatif peraih durian untuk bersedekah kepada orang ramai sempena Festival Keusahawanan, Kebudayaan dan Jualan Agro MADANI anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan.

Pengunjung dari Kota Kinabalu, Amran Johan, 35, menyifatkan program makan durian percuma itu sebagai inisiatif baik tetapi terpaksa berasak-asak dengan orang ramai yang berkerumun.

“Kita tertarik kerana boleh makan durian percuma tetapi tidak sangka pula terlalu ramai orang datang sehingga terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan buah itu,” katanya.

Program itu bukan saja menyaksikan tapak Pasar Malam Peladang dipenuhi pengunjung, malah turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan utama pekan Putatan.

Terdahulu, Pengerusi PPK Putatan, Datuk Seri Arsit Sedi, dilaporkan berkata program sempena sambutan Bulan Kebangsaan itu adalah inisiatif PPK Putatan bagi membantu peladang mengatasi lambakan durian dari kebun, selain memberi pelua

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker