UMNO bukan parti abah saya

UMNO bukan parti abah saya

Pertama kali berdiri di pentas perbahasan sebagai wakil Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid melantunkan satu mesej dengan jelas: “UMNO bukan parti abah saya!”

Beliau menegaskan, parti yang sekian lama memayungi jatuh bangun orang Melayu itu juga bukan milik mana-mana individu.

“UMNO bukan milik individu. Bukan milik abah saya atau abah sesiapa pun. Ia milik kita semua, milik perwakilan, anak cucu cicit kita dan semua orang Melayu, termasuk yang masih menunggu untuk masuk dalam saf pejuang UMNO.

“Siapa pun pemimpin tertinggi kita yang akan datang, saya yakin dengan semangat dan rasa kecintaan yang kita ada, terutama kekuatan daripada Wanita sendiri, UMNO pasti dipertahankan kerana UMNO bukan bahan dagangan sesiapa,” katanya.

Membahaskan Ucapan Dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini, Nurulhidayah yang juga EXCO Wanita UMNO berkata, setiap ahli berhak mempunyai rasa pemilikan itu supaya parti kekal dipertahankan.

Berbahas selama 40 minit, beliau menarik perhatian perwakilan dengan penggunaan kesan bunyi seperti guruh yang senada dengan inti pati ucapan, selain menyanyikan tiga lagu sebagai kaedah menyampaikan mesej tersirat kepada pimpinan parti,

Dikenali sebagai Kak Long, anak sulung Presiden UMNO itu turut menyelitkan paparan keratan akhbar dan slaid foto sebagai kelainan yang memberi kesan terhadap ucapannya.

Membuka sedikit cerita peribadi, Nurulhidayah mengakui pembabitannya dalam politik tidak disokong oleh Ahmad Zahid pada peringkat awalnya.

“Saya berada di sini kerana restu dan doa seorang ibu dan wanita bernama Hamidah Khamis, seorang ibu yang melihat minat anaknya untuk turut berjuang dan beraksi di pentas politik, membela saat saya mendapat tentangan oleh suaminya untuk berada di pentas politik yang sama.

“Bagaimanapun, saya percaya, itu dulu. Semoga selepas beliau (Ahmad Zahid) menyaksikan kepayahan saya menempatkan diri sebaris kepemimpinan UMNO yang ada, mungkin hatinya lembut dan semakin terbuka,” katanya.

Tonasi suaranya yang sedikit bergetar pantas menarik sorotan visual ke Hamidah yang turut hadir di Dewan Merdeka dan dilihat mengesat air mata, manakala Ahmad Zahid juga kelihatan sebak seketika.

Mengupas isu kebolehan, Nurulhidayah meminta Ahmad Zahid selaku Presiden parti, mempertimbang meletakkan calon daripada Wanita bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, bulan depan, selain sepintas menyatakan kesediaan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk, yang kini disandang bapanya.

“Saya hanya mampu menjadi wakil kepada suara Wanita untuk memohon kerusi bertanding kerana tahu saya tak layak nak minta kerusi di Bagan Datuk tapi kalau nak bagi laluan, saya tak tolak,” katanya. BH

UMNO bukan parti abah saya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker