Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Perbuatan sekumpulan remaja berjoget di pesta ‘clubbing’ yang diadakan di hadapan sebuah masjid di Sengkang, wilayah Sulawesi Selatan mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku berhampiran Masjid Agung Ummul Quraa pada Jumaat lalu.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam aplikasi WhatsApp, beberapa gadis dilihat selamba berjoget sambil mengenakan pakaian ketat.

Bahkan ada antara mereka memakai fesyen seluar ‘koyak’ sehingga menampakkan peha.

Peserta-peserta lelaki juga seronok menari tanpa rasa malu.

“Ini parah, kenapa acara joget harus dilakukan di hadapan Masjid Agung Sengkang,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati agama Islam

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker