Presiden PAS tegur RUU Mufti, kajian mendalam penting ‘terdapat berpuluh mazhab dalam Islam’
KOTA BHARU: PAS berpandangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 perlu dikaji secara mendalam.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata langkah itu penting berikutan terdapat berpuluh mazhab dalam Islam.
“Pada pandangan saya, semua ulama tidak membenarkan mazhab mereka diisytiharkan sebagai agama negara, sama ada Imam Malik, Imam Syafie mahupun Imam Hambali.
“Hanya Islam yang menjadi agama negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam, di sini, malam tadi.
Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Media sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Syura Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan, Dr Muna Hamzan, berkata semua Ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 apabila usul itu dibawa ke Dewan Rakyat nanti.
Beliau dipetik berkata, sokongan itu bagi memastikan RUU berkenaan diluluskan Parlimen, seterusnya dikuatkuasakan bagi memelihara institusi raja-raja dan mengekang elemen radikalisme dalam negara.
Muna berkata, RUU Mufti itu mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah, Al-Maturidiah dan fiqh Mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab lain.
Pada masa sama, katanya, ia dilihat selari dengan enakmen undang-undang pentadbiran Islam di negeri-negeri Malaysia yang berpaksikan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai