Muhyiddin beri peluang 6 ahli parlimen Bersatu yang sokong Anwar beraya dahulu sebelum diambil tindakan
KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima sebarang notis daripada BERSATU mengenai kedudukan mereka.
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, pada masa ini belum ada sebarang notis diberikan.
Katanya, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menyatakan akan membuat keputusan selepas hari raya.
“Belum lagi (terima notis), Presiden kata selepas Aidilfitri, kita tunggu sajalah,” katanya.
Baru-baru ini, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran tindakan ke atas enam Ahli Parlimen itu akan dibuat selepas Aidilfitri
“Mereka boleh beraya dulu selepas itu kita akan ambil langkah-langkah sewajarnya mengikut pindaan perlembagaan itu,” katanya.
Selasa lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan Bersatu yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas (EGM) parti itu.
Pindaan berkenaan membolehkan parti itu itu mengambil langkah seterusnya untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen, sekali gus diadakan pilihan raya kecil (PRK).
Ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Terbaharu, ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Sementara itu, BERSATU hari ini mengumumkan pelantikan dua jawatan bagi jawatankuasa utama parti itu dalam usaha mengukuhkan lagi organisasi parti.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan pelantikan Datuk Mohammed Radzi Manan sebagai Pengerusi Biro Disiplin BERSATU dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) parti.
“BERSATU percaya bahawa pengalaman, keupayaan dan komitmen mereka mampu memperkukuhkan organisasi parti melalui usaha-usaha berterusan yang proaktif bagi memperkasa disiplin serta integriti ahli-ahli BERSATU secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- 2 Gerhana di Bulan Ramadhan 2024, petanda apa?
- Sampai tertidur tunggu pelanggan
- Ada penghuni tunggu di pintu panggil nama anak setiap hari
- Zuhal, Marikh maut dilanggar lari
- Siapa layak diangkat Biduanita Negara ketiga
- ‘Tunggu anak bawa pulang diploma, jenazah yang tiba’
- Along Cham kahwin lagi
- Akmal dibebaskan selepas 2 jam
- Pelajar Tingkatan 3 dibelasah 20 orang
- ‘Gaji Seumur Hidup’ Nestle Malaysia kembali lagi
- Agong ada larang untuk tidak boikot ke, tanya Akmal
- Khairul Aming beri bonus tebal, siap belanja staf baju raya
- Kata sayang tapi buka aib – Bella
- Din Glamour tiada ‘job’ dah tiga tahun, hidup makin susah
- Wanita tikam teman lelaki ketika lakukan seks ada rekod dadah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang
Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh