Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000

Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000

PUTRAJAYA – Dua pengarah Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. yang juga pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi award perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membabitkan jumlah RM589,031, tahun lalu.

Bagaimanapun Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan isterinya Datin Mazuin Mustafa, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-63, syarikat itu, Zulkarnain dan Mazuin sebagai OKS pertama hingga ketiga didapati masing-masing atas 21 pertuduhan gagal mematuhi award TTPM yang memerintahkan supaya membayar RM589,031 kepada 21 individu yang merupakan pihak yang menuntut.

Kesalahan dilakukan di Pejabat TTPM di Aras 5, Podium 2, No 13, Persiaran Perdana Presint 2, di sini antara 8 Jun hingga 25 Ogos 2023.

Bagi semua kesalahan itu, kedua-dua OKS dan syarikatnya didakwa mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd . Sophian Zakaria memohon mahkamah memberikan ikat jamin RM2,000 bagi setiap satu pertuduhan selain pasport diserahkan kepada mahkamah. K Online

Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn

Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini

Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker