Jangan batalkan projek macam kerajaan gagalkrasi PH
Jangan batalkan projek macam kerajaan gagalkrasi PH
Jangan lagi benda sudah berlaku baru nak ubat.
Dua cabaran utama dunia sekarang ialah kadar inflasi yang tinggi dan juga kemelesatan ekonomi dunia yang dijangka bakal menimpa akibat negara-negara dunia terutamanya Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah bank dengan laju untuk melawan inflasi.
Jadi, pendekatan kerajaan untuk tangguh dan batal projek untuk memberi lebih tumpuan kepada beban subsidi adalah kurang bijak.
Ya, kekalkan subsidi untuk kawal subsidi dan memberi sedikit kelegaan kepada Rakyat adalah patut tapi langkah ini tidak membawa kepada pendapatan baru, tak naikkan gaji, tidak memberi kemudahan baharu kepada Rakyat, tak galakkan pelaburan baharu dan tidak menjana peluang pekerjaan baharu.
Cara untuk membantu Rakyat dalam ketika kadar inflasi dunia tinggi bukan sahaja dengan memberi subsidi untuk kawal harga tetapi dengan juga menaikkan gaji Rakyat, membina kekayaan Rakyat melalui pasaran saham dan tabung simpanan Rakyat dan memberi peluang untuk Rakyat meniaga.
Mansuh atau batalkan projek adalah cara kerajaan gagalkrasi PH dan telah terbukti menjahanamkan ekonomi dan membantutkan pertumbuhan ekonomi.
Hutang negara juga boleh terkawal sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi adalah lebih laju berbanding kadar kenaikan hutang dan kadar kenaikan bayaran servis hutang.
Sebab itu, projek-projek yang membawa kepada kadar pulangan ekonomi lagi besar berbanding kos faedah hutang ataupun tidak menggunakan dana bajet tahunan kerajaan secara terus patut diteruskan.
Projek-projek Usahasama kerajaan-swasta (Public-Private Partnership) serta PFI yang tidak melibatkan dana kerajaan dan dibiayai pihak swasta ataupun kerjasama dengan negara asing patut diteruskan.
Melihat kepada dasar terbaru ekonomi-ekonomi besar yang terlalu aggresif melawan kadar inflasi dengan kenaikan luar biasa tinggi kadar faedah serta harga-harga komoditi yang sudah menjunam sejak bulan lepas, saya juga jangka masalah inflasi dunia akan lega tak lama lagi.
Projek kerajaan terutamanya projek yang saiznya signifikan memerlukan masa yang panjang untuk digerakkan dan dilaksanakan.
Jadi, bila kita batal atau tangguhkan projek ianya akan perlu masa yang lebih lama untuk kerajaan hidupkan semula projek sekiranya perlu untuk merancakkan ekonomi apabila kita berdepan kemelesetan.
Masa itu kita akan terlambat bertindak.
Apa gunanya sekiranya harga barang terkawal tetapi ekonomi negara menjadi corot memandangkan negara bakal berdepan dengan kemelesetan ekonomi tak lama lagi?
Jangan short-sighted. Nanti negara jatuh ke keadaan staglation (iaitu inflasi masih tinggi tapi ekonomi turut meleset) baru kita kesal.
Jangan lihat masalah di depan mata sahaja tetapi tak nampak cabaran yang bakal berlangsung tak lama lagi.
Kerajaan perlu proaktif untuk bersedia menyelesaikan masalah masa depan dan bukan hanya reaktif untuk selesaikan masalah ketika ini sahaja.
Najib Razak
Jangan batalkan projek macam kerajaan gagalkrasi PH
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib