AS lulus penggunaan vaksin COVID-19 Moderna
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan vaksin COVID-19 Moderna bagi kegunaan kecemasan, sekali gus membolehkan enam juta dos akan dihantar ke seluruh negara.
Ketua Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Stephen Hahn, berkata keputusan itu menunjukkan pihaknya mengambil langkah perlu untuk membendung penularan pandemik itu.
“Dengan kelulusan dua vaksin untuk mencegah COVID-19, FDA melakukan tindakan penting dalam memerangi pandemik global ini,” katanya.
Pada Sabtu minggu lalu, AS meluluskan vaksin COVID019 Pfizer-BioTecNTech.
Semalam, beberapa pegawai kanan AS termasuk Naib Presiden, Mike Pence menjadi individu terawal mendapat suntikan vaksin COVID-19.
AS ketika ini berusaha memberi suntikan vaksin kepada 20 juta rakyatnya membabitkan penduduk yang mendapat rawatan jangka panjang dan petugas kesihatan barisan hadapan. – AFP
Moderna kemuka kelulusan kecemasan vaksin daripada FDA selepas capai tahap keberkesanan 94.1%