Sultan Perak berangkat tiba ziarah jenazah Tun Rahah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berangkat tiba di Masjid Ar-Rahah, di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 9.49 pagi adalah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Selang beberapa minit kemudian, kenderaan membawa Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat tiba dan memasuki perkarangan masjid.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), orang ramai yang mengambil kesempatan untuk menziarah Allahyarham Tun Rahah diberikan kad nombor giliran, sebelum dibenarkan masuk ke dalam masjid.

Pendekatan itu diambil pasukan keselamatan, selari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa di sini, sehingga 31 Disember ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker