Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk

Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk

Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa agenda pembangunan tidak boleh sekadar terhenti pada peringkat kelulusan atau pengumuman semata-mata, sebaliknya mesti dilaksanakan secara tersusun dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Presiden UMNO itu berkata atas komitmen tersebut beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Parlimen Bagan Datuk bagi memastikan setiap projek dan inisiatif di kawasan itu dipantau secara berterusan serta berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 35 projek telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1, RMK-13 melibatkan pelbagai komponen pembangunan termasuk infrastruktur pentadbiran, pendidikan, jalan perhubungan, kawalan hakisan pantai, pembangunan usahawan, pertanian berteknologi serta kemudahan komuniti.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut memaklumkan bahawa beberapa projek baharu kini berada pada peringkat awal pelaksanaan dan perancangan bagi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan berkenaan.

Menurut beliau projek di bawah KKDW seperti Jalan Perhubungan Desa (JPD), Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Program Ameniti Sosial (PAMS) terus menjadi fokus kerana inilah tunjang utama dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa


“Saya turut menekankan kepentingan penyelarasan yang lebih berkesan antara kementerian, agensi, GLC serta semua pihak berkepentingan supaya tiada kelewatan yang boleh menjejaskan pelaksanaan agenda pembangunan.

“Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap usaha dipantau dengan rapi dan dilaksanakan sebaiknya.

“Insya-Allah, kita akan terus bekerja demi kemajuan Bagan Datuk agar setiap agenda pembangunan selari dengan keperluan sebenar masyarakat,” ujar beliau. – UMNO Online

Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker