Anak saudara ditampar punca merusuh, 10 lelaki ditahan
Anak saudara ditampar punca merusuh, 10 lelaki ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan senjata berbahaya di sebuah kafe di Taman Beringin, di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata semua suspek berusia 28 hingga 41 tahun ditahan susulan laporan polis yang diterima pada 12.07 tengah malam.
Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 11.10 malam apabila pengadu, seorang lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pekerja katering berada di sebuah kafe bersama rakan-rakannya sebelum berlaku kekecohan melibatkan sekumpulan lelaki.
“Pengadu mendakwa sekumpulan lelaki dalam keadaan mabuk bertindak agresif dengan memukul menggunakan mangga motosikal serta membaling topi keledar ke arah pengadu dan rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Sukarno berkata akibat kejadian itu, pengadu mengalami kecederaan di bahagian kiri kepala.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada dakwaan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak saudara seorang daripada suspek ditampar seorang lelaki tidak dikenali sebelum insiden berkenaan berlaku
“Siasatan lanjut mendapati kira-kira tujuh hingga lapan individu daripada kedua-dua pihak terlibat dalam insiden itu,” katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan semua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah, dadah atau kedua-duanya.
“Semua suspek kini direman antara satu hingga tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA
Anak saudara ditampar punca merusuh, 10 lelaki ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
You must be logged in to post a comment.