Pemain muda tunjuk taring, Ubaidullah lambang masa depan Harimau Malaya – Presiden FAM
Pemain muda tunjuk taring, Ubaidullah lambang masa depan Harimau Malaya – Presiden FAM

Kuala Lumpur: Persembahan cemerlang pemain muda negara ketika menentang Cape Verde malam kelmarin jelas memberi bayangan bahawa Harimau Malaya akan lebih ‘mengaum’ pada masa depan.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, menyifatkan aksi pemain muda negara, khususnya Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, sebagai satu petanda positif kepada pembangunan akar umbi bola sepak tempatan.
“Saya tonton sepenuhnya perlawanan itu. Apa yang dipamerkan anak-anak muda negara cukup membanggakan. Mereka beraksi dengan penuh semangat dan tahap permainan yang tinggi,” katanya.
Paling mencuri tumpuan semestinya Ubaidullah yang dinamakan sebagai ‘Man of the Match’, satu penghargaan yang bukan sahaja mengejutkan pemain berkenaan, malah seluruh penyokong tanah air.
“Ubaidullah sendiri tidak sangka. Kami pun terkejut, tapi itulah bukti bakatnya. Saya ikuti perkembangan dia sejak daripada skuad projek semasa saya menjadi pengurus. Saya sangat bangga,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
Tambah Joehari, aksi sebegitu membuktikan pemain muda negara tidak perlu rasa rendah diri apabila berdepan pasukan bertaraf dunia seperti Cape Verde.
“Orang kata pemain tempatan tak cukup berkualiti, tapi perlawanan semalam jawab segala persepsi itu. Kita bukan kurang bakat, kita hanya perlu terus beri peluang dan kepercayaan,” katanya.
Beliau turut mengakui suasana positif yang dirasai sepanjang perlawanan itu memberi harapan baharu kepada bola sepak negara.
“Ada aura positif malam itu. Ini yang kita mahu bawa ke depan. Kita mahu terus bina keyakinan pemain muda bahawa mereka juga mampu bersaing di peringkat tertinggi,” katanya.
Katanya lagi, FAM akan terus memberi fokus kepada pembangunan pemain muda menerusi program jangka panjang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Ubaidullah bukan satu-satunya bakat yang kita ada. Banyak lagi yang sedang menunggu peluang. Tanggungjawab kita untuk gilap dan pamerkan mereka,” katanya.
Pada perlawanan persahabatan Tier 1 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan skuad Harimau Malaya membuktikan taring mereka cukup berbisa apabila mengikat Cape Verde 1-1.
Pasukan lawan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Sidney Cabral seawal minit kesembilan sebelum penyerang berbisa negara Paulo Josue yang baru saja dimasukkan pada babak kedua berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 80.
Pemain muda tunjuk taring, Ubaidullah lambang masa depan Harimau Malaya – Presiden FAM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.