Guru wanita disyaki dera kanak-kanak tadika dengan pen ditahan polis

Guru wanita disyaki dera kanak-kanak tadika dengan pen ditahan polis

Guru wanita disyaki dera kanak-kanak tadika dengan pen ditahan polis
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita yang juga guru sebuah tadika swasta selepas disyaki mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Guru berusia 30 tahun itu ditahan sekitar jam 2 petang tadi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, susulan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin, 26 Mei lalu sekitar jam 10 pagi.

“Pengadu yang juga bapa mangsa memaklumkan ketika berada di rumah dia mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala anaknya.

“Mangsa memberitahu kecederaan terbabit berpunca daripada tindakan seorang guru yang mencederakannya dengan menggunakan pen semasa berada di tadika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum


Noor Ariffin berkata, mangsa dirujuk ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan disahkan mengalami kecederaan ‘solf tissue injury’ di bahagian kepala.

“Semasa penahanan suspek siang tadi pihak polis turut merampas satu bekas berisi pen serta decoder kamera litar tertutup (CCTV) di tadika berkenaan bagi membantu siasatan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok bagi tujuan permohonan reman,” katanya.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Hakimie Razally di talian 011-3352585 atau Bilik Gerakan, IPD Gombak di talian 03-61262222.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


Kejadian berkenaan didedahkan dalam laman sosial Facebook bekas guru Mohd Fadli Salleh, yang mendakwa menemani pengadu yang juga rakannya membuat laporan polis susulan kejadian yang menimpa mangsa, semalam.

Mohd Fadli mendakwa, mangsa mengalami trauma ketika setiap kali melalui sekolah tadikanya yang terletak di Kota Emerald, Rawang.

Guru wanita disyaki dera kanak-kanak tadika dengan pen ditahan polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Game Over Kepada Ahmad Terrirudin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker