‘Hasrat adik jamu keluarga makan tak kesampaian selepas maut dalam kemalangan’

‘Hasrat adik jamu keluarga makan tak kesampaian selepas maut dalam kemalangan’

'Hasrat adik jamu keluarga makan tak kesampaian selepas maut dalam kemalangan'
Penunggang motosikal, Nor Amalina Ishak, maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori berhampiran Klinik Kesihatan Kampung Landak, Kupang. – Foto Ihsan Pembaca

BALING: Hasrat seorang wanita untuk menjamu ahli keluarganya makan selepas menerima duit hasil jualan getah beku tidak kesampaian apabila meninggal dunia dalam kemalangan dengan lori petang tadi.

Nor Amalina Ishak, 33, meningal dunia dalam kemalangan berhampiran Klinik Kesihatan Kampung Landak, Kupang, dekat sini, selepas motosikalnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Menurut kakak ipar mangsa, Nurul Wahida Rohani Takiyudin, 36, mangsa yang dipanggil adik berhasrat untuk menjamu ahli keluarga makan selepas menerima duit hasil jualan getah beku, hari ini.

“Sepatutnya kami semua berkumpul dan makan bersama kerana dia sempat masak pelbagai masakan termasuk laksa yang menjadi kegemarannya namun hasratnya tidak kesampaian,” kata Nurul Wahida.

Beliau berkata, arwah adik iparnya sebelum itu sempat membuat panggilan video kira-kira jam 12 tengah hari tadi kira-kira empat jam sebelum kemalangan berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Katanya, dia tidak menyangka perbualan itu adalah yang terakhir buatnya dengan arwah.

“Arwah ketika itu dalam perjalanan dari rumah di Kampung Mengkuang Tengah menghala ke rumah rakannya di Kupang dengan menunggang motosikal jenis Bonus Sym.

“Adik dipercayai hendak mengambil makanan yang ditempahnya kerana mahu mengadakan jamuan untuk keluarga. Arwah sebelum ini tidak pernah membuat panggilan video tetapi dia hendak sangat melihat anak-anak saya kerana dia terlalu rapat dengan mereka terutamanya yang bongsu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, adik iparnya turut meminta maaf ketika itu kerana bimbang apa-apa berlaku terhadapnya.

Katatanya, ketika bertanyakan kenapa dia tiba-tiba meminta maaf, arwah memberitahu dia hanya mahu minta maaf saja, tiada apa pun yang berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng


“Namun dia tidak menyangka itu adalah petanda yang adik iparnya akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Bila dia dah tiada, barulah saya tahu yang itulah petanda dia nak tinggalkan kami semua,” katanya.

‘Hasrat adik jamu keluarga makan tak kesampaian selepas maut dalam kemalangan’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker