Polis buka kertas siasatan kes seorang murid dimarah, diherdik gurunya

Polis buka kertas siasatan kes seorang murid dimarah, diherdik gurunya

Polis buka kertas siasatan kes seorang murid dimarah, diherdik gurunya
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof. – Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis membuka siasatan berhubung satu video tular memaparkan seorang murid perempuan dimarahi dan diherdik oleh seorang guru di kantin sebuah sekolah yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya mengesan rakaman video tular berkait insiden itu yang dimuat naik melalui satu akaun Instagram, semalam.

Katanya, rentetan daripada penyebaran video itu, seorang guru wanita sebuah sekolah di Kajang berusia 40 tahun tampil membuat laporan bagi menafikan pembabitannya dalam kejadian berkenaan.

“Guru terbabit membuat laporan polis jam 10.26 pagi, semalam dan memohon siasatan lanjut dijalankan bagi mendapatkan kepastian sebenar terhadap kejadian yang berlaku.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh pihak ibu bapa atau murid yang didakwa terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Naazron berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya.

Kelmarin, tular rakaman video memaparkan seorang murid sekolah rendah dimarahi beberapa guru di kantin sekolah yang mana murid berkenaan dipaksa untuk mengaku perkara yang tidak dilakukannya.

Video itu dirakam dan kemudian diberikan kepada ibu murid berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng


Insiden turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang menyatakan rasa kesal terhadap insiden berkenaan dan menegaskan bahawa kementeriannya sedang menjalankan siasatan terperinci.

Beliau menekankan bahawa guru sebagai penjawat awam mesti sentiasa mematuhi etika dan integriti yang ditetapkan di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas mereka.

Menurutnya, perbuatan memalukan seorang murid sekolah rendah di hadapan rakan sedemikian amat dikesali dan dikhuatiri memberi kesan emosi terhadap kanak-kanak berkenaan

Polis buka kertas siasatan kes seorang murid dimarah, diherdik gurunya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker