‘Saya terdesak tapi saya tahu niat tidak menghalalkan cara’

‘Saya terdesak tapi saya tahu niat tidak menghalalkan cara’

'Saya terdesak tapi saya tahu niat tidak menghalalkan cara'
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: “Saya terdesak dan perlukan duit untuk tanggung rawatan isteri, tetapi saya tahu niat tidak menghalalkan cara.”

Penganggur, Faiz Razin Kamal Farid, 41, mengemukakan rayuan itu selepas mengaku bersalah atas tuduhan memecah masuk sebuah rumah menggunakan pemutar skru dan merompak dua telefon bimbit mangsa, 20 Mei lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Shakirah Mohtarudin, kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di sini, hari ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Mei lalu

Mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa merompak dua telefon bimbit milik seorang lelaki dan wanita di sebuah rumah di Flat Selayang Mansion, Chow Kit, dekat sini pada jam 7 pagi, 20 Mei lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Berdasarkan fakta kes, mangsa mendapati rumahnya diumpil oleh tertuduh menggunakan pemutar skru yang kemudian menutup mulut serta mencekik mangsa.

Mangsa cuba melawan dengan menendang tertuduh dan menjerit meminta pertolongan sebelum lelaki itu mengambil dua telefon bimbit mangsa dan melarikan diri.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Joshua Tee memohon hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Faiz Razin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman dikurangkan berikutan menanggung dua anak dan isteri yang menghidap bipolar serta sakit buah pinggang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng


“Saya perlu duit untuk menanggung perubatan isteri dan sangat terdesak. Saya menyesali perbuatan ini, kalau ada sebatan, naikkan sebatan saya tetapi turunkan hukuman (penjara) saya.

“Saya bersumpah, demi Allah dan berjanji tidak akan ulangi kesalahan ini lagi,” katanya.

 

‘Saya terdesak tapi saya tahu niat tidak menghalalkan cara’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker