FAM terima tajaan lebih RM2 juta daripada CARSOME

FAM terima tajaan lebih RM2 juta daripada CARSOME

FAM terima tajaan lebih RM2 juta daripada CARSOME
BARISAN Exco FAM dan pengurusan tertinggi CARSOME dalam majlis penyerahan tajaan kepada FAM. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Tajaan bernilai lebih RM2 juta daripada CARSOME diterima Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan syarikat berkenaan menjadi rakan automotif badan induk itu.

Dalam satu majlis penyerahan tajaan itu, FAM menerima 15 buah kenderaan yang dihiasi dengan logo CARSOME dan FAM bagi menyokong keperluan operasi dan logistik FAM.

15 kenderaan tersebut terdiri daripada Proton X90, Proton X70, Mazda CX-5, Nissan Serena, BMW 3 Series, Volvo XC40, Mercedes-Benz GLC dan Toyota Alphard.

Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berharap kerjasama bersama CARSOME akan memacu lebih banyak kejayaan buat arena bola sepak Malaysia khususnya kepada pasukan kebangsaan.

“Kerjasama rasmi antara FAM dan CARSOME bermula pada 25 Mac lalu, yang mana pada hari yang sama, pasukan kebangsaan berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Nepal dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Asia 2027 di Johor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Ianya merupakan permulaan yang positif dan saya berharap kerjasama di antara FAM dan CARSOME akan menjelmakan lebih banyak kejayaan buat bola sepak Malaysia pada masa akan datang.

“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan CARSOME dalam tempoh dua tahun ini dan berbesar hati kerana mempunyai rakan kongsi yang berdedikasi seperti mereka,” katanya.

Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CARSOME, Eric Cheng, menyatakan komitmen CARSOME untuk terus bekerjasama dengan FAM dalam menyokong pembangunan masa depan pemain kebangsaan di luar kerjaya sukan mereka.

Beliau turut menekankan kerjasama berterusan menerusi CARSOME Academy sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam memperkukuh pembangunan peribadi dan profesional jangka panjang pemain serta kakitangan FAM.

“Penyerahan kenderaan ini menandakan satu langkah penting dalam kerjasama kami dengan FAM, menyediakan pasukan kebangsaan dengan mobiliti dan sokongan yang diperlukan mereka sepanjang jadual perlawanan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami, kami juga mahu membantu pemain, lelaki dan wanita, bersedia untuk kehidupan di luar padang.

“Melalui CARSOME Academy, kami membuka peluang pendidikan dan kerjaya dalam industri automotif yang menyumbang 5 peratus atau RM82 bilion kepada KDNK Malaysia serta menyokong lebih 700,000 pekerjaan di seluruh negara.

“Kami bekerjasama rapat dengan FAM untuk mengenal pasti kursus dan bantuan yang sesuai, dengan harapan usaha ini dapat mewujudkan laluan yang bermakna bagi komuniti bola sepak untuk terus berkembang dalam sektor yang dinamik ini,” kata Cheng.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin serta legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan yang kini menyandang jawatan Exco FAM.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi; Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail; Exco FAM, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM; Exco-exco FAM yang lain, Tang Chee Hong dan Datuk Dr PS Sugumaran serta Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.

FAM terima tajaan lebih RM2 juta daripada CARSOME

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker