Amorim lebih teruk daripada Ten Hag
Amorim lebih teruk daripada Ten Hag

London: Ruben Amorim menerima kritikan hebat daripada legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Manchester United dikatakan menjadi ‘jauh lebih teruk’ di bawah kendaliannya susulan pasukan itu tewas kepada Tottenham dalam final Liga Europa.
United tewas 0-1 di Bilbao sekali gus bermakna tiada aksi bola sepak Eropah di Old Trafford musim depan.
Red Devils hanya memenangi enam daripada 26 perlawanan liga sejak Amorim menggantikan Erik ten Hag pada November lalu, menyebabkan mereka jatuh ke tangga ke-16 dalam carta EPL dan kini turut gagal dalam saingan Eropah.
Alan Shearer percaya Amorim harus memikul sebahagian besar tanggungjawab atas kejatuhan United, dan beliau turut mencadangkan pengendali dari Portugal itu mungkin tidak akan kekal di kelab tersebut selepas musim panas ini berikutan enam bulan pertama yang sukar di England.
“Akan ada banyak persoalan mengenai masa depan Ruben Amorim sekarang,” tulis Shearer dalam kolumnya di Betfair.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Saya tidak akan terkejut jika dia bukan lagi pengurus apabila musim baru bermula. Sama ada itu kehendaknya sendiri atau tidak, saya pun tak pasti.
“Saya dah katakan berkali-kali, tak mungkin dia masuk ke kelab itu dan menjangka keadaan sebenar yang dia hadapi. Tak mungkin dia fikir keadaan begitu teruk. Kalau dia tahu, mungkin dia takkan terima pun.
“Dia sendiri tidak membantu keadaan. Prestasi pasukan sebenarnya jadi jauh lebih buruk di bawahnya. Kalau mereka menang Liga Europa pun, itu mungkin sekadar menutup retak-retak besar dalam pasukan.
“Masalah sebenar jelas terlihat dalam 97 minit perlawanan itu, tiada kreativiti, tiada tenaga, tiada semangat, tiada gol, dan keadaan kelab yang sangat kucar-kacir.”
Kemaraan United ke final menyaksikan mereka membuat kebangkitan luar biasa menewaskan Lyon di suku akhir, dengan Harry Maguire dijadikan penyerang dan menjaringkan gol penentu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Pertahanan England itu sekali lagi dihantar ke depan pada saat-saat akhir final di Bilbao, namun kali ini gagal mencipta detik magis.
Shearer merasakan kebergantungan United kepada Maguire untuk menjaringkan gol menunjukkan betapa terdesaknya situasi pasukan itu, dan beliau juga tidak yakin mereka mampu mengubah keadaan dalam masa terdekat kerana tidak dapat menarik minat sasaran perpindahan musim panas tanpa aksi Eropah.
“Manchester United bergantung kepada seorang pertahanan tengah, dengan hantaran-hantaran jauh ke dalam kotak penalti dalam 15 atau 20 minit terakhir perlawanan, dan itu memang mencerminkan siapa dan apa yang mereka telah jadi,” sambung Shearer.
“Ia sangat memalukan apabila anda bergantung kepada pertahanan tengah untuk menyelamatkan anda, seperti dia lakukan dalam separuh akhir dan beberapa kali sebelum ini apabila bermain di posisi penyerang.
“Musim panas ini akan jadi sangat sukar untuk mereka kerana segala-galanya tentang Manchester United sekarang adalah masalah besar, sama ada pengurus yang sedang cuba menerapkan sistemnya kepada pemain, pemilik kelab yang dikecam penyokong mereka sendiri, atau kehadiran pemilik ketiga baharu seperti Jim Radcliffe.
“Terlalu banyak masalah di Manchester United, dan ia bukan sesuatu yang boleh diselesaikan dengan cepat. Ia akan mengambil masa lama, dan kegagalan ini hanya menambah beban kepada masalah sedia ada.”
Amorim lebih teruk daripada Ten Hag
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.